Tolong.

Pengkianatan terhadap negara.
Berubah dunia.
DARI DUNIA MEDIA SOSIAL KE DUNIA MAHKAMAH
Petang semalam dua lagi surat tuntutan telah saya kemukakan kepada dua lagi pemimpin DAP, iaitu Wong Kah Woh dan Mohd Farid Mohd Azmi, menjadikan jumlah kesemua surat tuntutan yang telah saya kemukakan kepada pemimpin DAP ialah 10.
Daripada 10 pemimpin DAP ini, tujuh adalah wakil rakyat, iaitu:
- Ahli Parlimen Stampin dan ADUN Kota Sentosa (Chong Chieng Jen) merangkap Naib Pengerusi DAP Malaysia dan Pengerusi DAP Sarawak,
- Ahli Parlimen Seputeh (Teresa Kok) merangkap Timbalan Setiausaha Agung DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Kuala Lumpur,
- Ahli Parlimen Iskandar Puteri (Lim Kit Siang) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia,
- Ahli Parlimen Ipoh Timor (Wong Kah Woh) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Setiausaha DAP Perak,
- Ahli Parlimen Kepong (Lim Lip Eng) merangkap Setiausaha DAP Kuala Lumpur,
- ADUN Perai (Dr Ramasamy A/L Palanisamy) merangkap Ahli Jawatankuasa DAP Malaysia dan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, dan
- ADUN Seri Delima (Syerleena Abdul Rashid) merangkap Ahli Jawatankuasa Wanita DAP Malaysia dan Penolong Setiausaha Publisiti DAP Pulau Pinang.
Seorang lagi adalah mantan Senator merangkap mantan Naib Pengerusi DAP Malaysia, iaitu Dr Arifin Omar.
Dua orang lagi adalah pegawai kepada pemimpin DAP, iaitu:
- Pegawai kepada Chong Chieng Jen (Abdul Aziz Isa) merangkap Pengerusi DAP Kitang, dan
- Pegawai kepada Syerleena Abdul Rashid (Mohd Farid Mohd Azmi) merangkap Setiausaha Publisiti DAP Flat Uda dan penggerak Mahasiswa DAP UUM.
Mohd Farid Mohd Azmi yang menggunakan nama Farid Maulud dalam media sosial sebenarnya adalah mahasiswa UUM dalam jurusan Business Administration.
Begitupun, walaupun beliau datang dari universiti yang sama dengan saya, surat tuntutan tetap diberikan kepada Mohd Farid Mohd Azmi kerana beliau dalam Posting Facebooknya pada 25 Jun 2020 membuat kenyataan yang membawa maksud bahawa:
(i) Saya memalukan UUM serta semua warga universiti dengan tindakan saya.
(ii) Saya membuat kenyataan berbaur tohmahan dalam Harakah, Utusan dan lain media agensi.
(iii) Saya mempunyai motif yang sangsi dalam menyaman Syerleena Abdul Rashid.
(iv) Saya sangsi kedudukan saya sebagai pensyarah universiti UUM.
(v) Saya tidak lihat kesalahan sendiri lalu menyalahkan pihak lain.
(Saya juga tidak akan terkejut jika Mohd Farid Mohd Azmi akan dihadapkan dengan tindakan daripada pihak lain di atas Posting Facebooknya pada 31 Mei 2020 yang berbunyi “Ingatkan Najib je main rasuah. Rupanya Muhyiddin lagi bapak segala rasuah.”)
Daripada 10 pemimpin DAP ini, dua telah memberi maklum balas rasmi kepada peguam saya melalui peguam mereka, iaitu:
- Teresa Kok yang menggunakan khidmat peguam Datuk Sankara Nair.
- Syerleena Abdul Rashid yang menggunakan khidmat peguam R S N Rayer.
Walaupun Malaysia Kini pada 23 Jun 2020 menyebut “Ramasamy mengatakan bahawa peguamnya telah menyiapkan surat tuntutan yang akan dihantar kepada Kamarul selewat-lewatnya pada 25 Jun”, sehingga kini surat tuntutan ini belum saya terima.
Apa pun, saya sudah bersedia untuk berpindah dari dunia media sosial ke dunia mahkamah.
Doakan kejayaan saya, insya Allah.
Kita sama sama doakan dr kamarul @+60 19-988 6756

KEMBALIKAN GST: ADA BERANI?
Guru.
Solat.
Kepada yang malas solat subuh,tiap-tiap hari bangun lewat, meninggalkan solat kerana kerja,sukan dan alasan lain, Ular Khas menunggu anda di dalam kubur.
.
Segera insaf dan bertaubat serta terus mendirikan solat fardhu 5 kali sehari dengan SEGERA dan tanpa tangguh.
.
Peringatan penting kepada mereka yang meninggalkan Solat,
.
mulai sekarang, start solat fardhu 5 kali sehari jangan tinggal lagi, segera taubat nasuha atas dosa lalu, kerana kita tidak tahu bila ajal kita,
.
bimbang ketika kita tidur pada waktu malam, ajal kita tiba…kita tidak bangun-bangun dah, meninggal dunia.
.
Bimbang kita diserang denggi atau penyakit jantung dan meninggal dalam masa yang singkat
kita mungkin terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.
.
Kesempatan taubat masih ada, segera lah taubat sebelum ajal tiba , ajal tidak mengenal usia .
.
Jika ajal tiba dan kita masih belum mendirikan solat 5 waktu, kita bakal menyesal selama-lamanya
(Dipetik daripada Majlis Ilmu)🌹🌹🌹

Assalamalaikum.
TIPS MENJAGA PERSAUDARAAN DI GROUP WHATSAPP !!!
- Fahami bahwa kita memiliki perbezaan iaitu …
☆ Pendidikan
☆ Usia
☆ Status
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan
☆ Profesion
☆ Lingkungan
☆ Pemikiran
- Politik
- Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yang…
☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihati
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Posting Artikel
☆ Suka berita Hoax - Keaktifan posting para ahli…
☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Memang malas buka WhatsApp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif - Jangan mudah terpengaruh dengan isi posting sehingga kita jadi…
☆ Emosi
☆ Tersinggung
☆ Tak mahu kalah
☆ Percaya begitu saja - Jika ada posting yang kurang berkenan di hati kita, misalnya…
☆ Humor
☆ Gambar
☆ Video
☆ Cerita
☆ Artikel terlalu panjang
Biarkan saja atau Delete
Tak perlu pun sampai kita LEFT DARI GROUP
Jadikanlah perbezaan2 itu untuk saling melengkapi di antara kita.
Jadi…Fokus saja pada satu tujuan iaitu “MENJALIN TALI SILATURRAHIM dan MEMPERERATKAN HUBUNGAN UKHWAH SESAMA KITA”.
Semoga ada manfaatnya Waullahu A’Lam..☺️🤲




